Home Berita Post View

Tahanan Muda di al-Damun Dihukum Berat

Feb 08, 2023 03:34 am

 

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan melaporkan bahawa pihak pentadbiran Penjara al-Damun membuat serbuan mengejut dan menyerang para tahanan di unit remaja. Mereka seterusnya mengenakan hukuman yang berat serta menetapkan beberapa syarat yang tidak adil terhadap para tahanan remaja.

Pihak suruhanjaya menyatakan bahawa pentadbiran penjara telah memutuskan untuk merampas peralatan elektrik milik para tahanan. Tidak hanya itu, pihak penjara turut menghalang para tahanan remaja daripada membuat panggilan telefon, menghalang lawatan selama sebulan, dan menukar bilik para tahanan menjadi sel yang lebih kecil selama empat hari. Mereka juga memutuskan untuk menutup kedai runcit yang dikenali sebagai Kantina selama seminggu.  

Related