Dalam sebuah kejadian baru-baru ini, pihak Israel memutuskan untuk merampas ratusan dunam pertanian milik penduduk Palestin di Baitul Laham, Tebing Barat.
Hassan Brijieh, pengarah Pejabat Jawatankuasa Penentangan Tembok dan Penempatan di Baitul Laham mengesahkan bahawa pihak penjajah telah mendedahkan hasrat mereka untuk merampas 490 dunam milik bandar Nahalin dan kampung Jab’a. Tindakan itu diambil dengan tujuan untuk memperluaskan penempatan Alon Shvut dan Gevaout yang terletak di dalam kompleks penempatan Gush Etzion. Sebagai rekod, penempatan Gush Etzion telah dibangunkan di atas tanah Palestin.

