Home Berita Post View

Rusuhan Ganas Tercetus di Tebing Barat dan Baitul Maqdis

Feb 03, 2023 05:50 pm

 

Pasukan Israel melancarkan serangan tangkapan dan saman ke atas sejumlah rakyat Palestin di kawasan berbeza yang berada di Tebing Barat dan Baitul Maqdis. Dilaporkan rusuhan dan kejadian tembakan itu telah berlaku di Nablus dan Ariha (Jericho). 

Sekumpulan pemuda Palestin turut melepaskan mercun ke arah pasukan tentera Israel yang sedang menceroboh beberapa buah rumah milik warga setempat. Pada masa yang sama, kawasan kejadian itu turut menyaksikan penahanan tiga orang pemuda Palestin oleh pihak tentera Israel. Manakala di Jenin, pihak tentera Israel telah menahan seorang pemuda Palestin selepas menceroboh rumah milik keluarganya di Kem al-Aroub, al-Khalil (Hebron). Insiden itu akhirnya telah mencetuskan rusuhan ganas di sana. 

Rentetan daripada rusuhan tersebut, sejumlah besar anggota tentera menyerbu bandar Sur Bahir, al-Tur dan Silwan yang terletak di Baitul Maqdis, sebelum bertindak menahan beberapa orang penduduk Palestin untuk disoal siasat. Pada masa yang sama, rusuhan ganas di antara penduduk Palestin dan tentera Israel juga turut berlaku di Kem Shuafat.

Related