Home Berita Post View

2 Buah Rumah di Baitul Laham Diroboh Israel

Feb 01, 2023 10:35 pm

 

Dalam sebuah kejadian di barat laut Baitul Laham yang terletak di Tebing Barat, sebanyak dua buah rumah milik penduduk Palestin di Beit Jala dan al-Wajala dirobohkan oleh tentera Israel tanpa sebarang alasan kukuh. Manakala di utara Lembah Jordan pula beberapa buah keluarga dihalau keluar setelah rumah milik mereka dirampas pihak Israel.

Ketua Kampung al-Walaja, Khader Abu al-Tin melaporkan bahawa sepasukan besar tentera Israel datang bersama sebuah jentolak tentera dan menceroboh kampung tersebut. Sebuah rumah milik warga tempatan telah dirobohkan dengan alasan mereka tidak mempunyai permit sah. 

Seperti yang dilaporkan oleh Datuk Bandar Beit Jala, Isa Qassis, tentera Israel merobohkan sebuah rumah yang masih dalam pembinaan walaupun pemilik rumah tersebut telah mendapat kelulusan daripada pihak Mahkamah Israel selepas pembinaan dihentikan seketika.

Di Khirbet Humsa al-Fauqa yang terletak di utara Lembah Jordan pula telah menyaksikan pihak tentera Israel mengusir tujuh buah keluarga dari khemah yang menjadi tempat tinggal mereka. Alasan mereka adalah kerana tempat tersebut bakal dijadikan tempat untuk menjalankan latihan ketenteraan selama 10 hari.