Home Berita Post View

Israel Meluluskan Penutupan Segera Kediaman Pelaku Serangan Gerila

Feb 01, 2023 10:35 pm

 

Kerajaan Israel serta-merta meluluskan keputusan untuk menutup rumah warga Palestin yang terlibat dalam operasi serangan gerila baru-baru ini. Tidak cukup dengan itu, keputusan tersebut turut menekankan larangan ke atas keluarga pihak pelaku untuk mengemukakan sebarang bantahan atau petisyen.

Akhbar Israel, Haaretz menyatakan bahawa keputusan yang diluluskan oleh kabinet pada awal minggu ini telah menetapkan pengeluaran perintah penutupan terus rumah milik para pelaku yang terlibat. Difahamkan tindakan mereka yang menutup pintu serta tingkap dan mengusir pemiliknya dilakukan dalam tempoh 10 hari. Sikap melampau kerajaan Israel ke atas warga Palestin yang terlibat di dalam operasi gerila itu dikatakan sebagai persediaan awal sebelum mereka mengeluarkan perintah perobohan atau penutupan sebenar.

Keputusan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pengawalan ketat yang diinginkan pihak Israel. Malah, tindakan ini juga turut dikenakan ke atas keluarga syahid, Khairi Alqam.

Pun begitu, setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu, Masjid al-Aqsa menyaksikan beberapa siri pelanggaran dan pencerobohan oleh pihak Israel di Baitul Maqdis.

 

Related