Home Berita Post View

Itamar Ben-Gvir Mengarahkan Kedai Roti Israel Ditutup

Feb 02, 2023 02:53 am

 

Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir  mengarahkan penutupan kedai roti di penjara Rimon dan penjara Ktzi'ot. Keputusan ini menyebabkan penjualan roti kepada tahanan Palestin yang berada di sana akan dihentikan serta-merta.

Menurut laman web akhbar Israel, Maariv, penutupan dua buah kedai roti tersebut dilaksanakan atas alasan ia dikendalikan oleh sekumpulan tahanan Palestin. Disebabkan itu, bagi melucutkan keistimewaan yang diberikan kepada mereka, kedai roti tersebut diarah untuk tidak beroperasi lagi selepas ini.

Pada masa yang sama, seorang pegawai di Pihak Berkuasa Hal Ehwal Tahanan Palestin melaporkan kepada akhbar Israel, Israel Hayom bahawa tekanan yang semakin meningkat terhadap tahanan Palestin di dalam penjara akan menggoyahkan lagi keselamatan di rantau ini. 

Related