Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengeluarkan arahan terbaru kepada tenteranya berhubung situasi yang berlaku di Semenanjung Gaza pada ketika ini.
Saluran 14, media Israel melaporkan, Gallant telah mengarahkan tenteranya untuk terus berjaga-jaga dan bersiap-sedia terhadap sebarang kemungkinan peperangan yang berterusan akan berlaku di Gaza. Selain itu, mereka turut diarahkan agar mengusahakan pelbagai pilihan serangan untuk kegunaan apabila perlu.
Sehingga kini, jet pesawat perang tentera Israel telah melepaskan bom ke atas beberapa wilayah yang berasingan di Semenanjung Gaza, pada subuh hari ini.

