Home Berita Post View

Israel Menyerang Semenanjung Gaza

Jan 27, 2023 04:20 pm

 

Pesawat perang rejim Zionis telah melepaskan bom di beberapa lokasi di Semenanjung Gaza. Tiada kecederaan dilaporkan.

Jet pejuang Israel melepaskan beberapa peluru berpandu ke kawasan pejuang Palestin di kem pelarian Maghazi, tengah Semenanjung Gaza selain mengebom satu lagi kawasan pejuang Palestin yang berada di selatan bandar Gaza. Pengeboman oleh rejim Zionis juga berlaku di pos pejuang Palestin di timur Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Pasukan pejuang Palestin melancarkan tindak balas dengan melepaskan beberapa peluru berpandu ke arah pesawat pihak musuh yang menceroboh ruang udara Semenanjung Gaza.

Tentera Israel membuat dakwaan bahawa pengeboman yang dilancarkan mereka ke atas Gaza merupakan serangan balas terhadap tindakan pihak pejuang Palestin yang telah melepaskan roket ke kawasan perlindungan penempatan mereka.

Related