Home Berita Post View

Setengah Juta Shekel dan Kereta Milik Tahanan Palestin Dirampas Israel

Jan 26, 2023 01:30 pm

 

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant telah menandatangani perintah terhadap rampasan berjumlah setengah juta shekel dan kenderaan milik keluarga dua tahanan Palestin iaitu Karim Younis dan Maher Younis. Sebagai rekod, Maher Younis telah dibebaskan selepas 40 tahun berada di penjara Israel. 

Terdapat dakwaan menyatakan bahawa harta dan kenderaan tersebut diterima daripada peruntukan kewangan yang dipindahkan kepada mereka oleh pihak berkuasa Palestin.

Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth melaporkan bahawa perintah yang ditandatangani oleh Yoav Gallant merupakan cadangan pihak berkuasa ekonomi tentera Israel.