Kelab Tahanan Palestin melaporkan bahawa sekumpulan polis rusuhan di bawah pentadbiran penjara Israel menyerbu Seksyen 14 dan Seksyen 13 Penjara Ofer. Kedua-dua seksyen ini menempatkan tahanan daripada golongan muda, kanak-kanak, dan tahanan baru.
Difahamkan polis rusuhan turut melakukan pemeriksaan secara besar-besaran dan telah memusnahkan barangan milik 151 orang tahanan di situ, termasuk barangan milik 66 orang kanak-kanak.
Umum mengetahui, penjara Ofer merupakan salah sebuah penjara pusat yang menghimpunkan tahanan Palestin dan setakat ini seramai kira-kira 900 orang telah ditahan di sana.

