Home Berita Post View

Angka Kematian di Jenin Meningkat

Jan 26, 2023 01:30 pm

 

Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa jumlah syahid akibat serangan Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat telah meningkat kepada empat orang, termasuk seorang wanita.

Kementerian tersebut turut mengesahkan bahawa penduduk Palestin yang mengalami kecederaan berada dalam keadaan kritikal akibat ditembak peluru hidup. Di samping itu, puluhan penduduk kem mengalami sesak nafas setelah Hospital Jenin diserbu pasukan Israel. Turut dilaporkan, pihak Israel juga menghalang kemasukan ambulan ke dalam sebuah kem bagi membantu penduduk yang tercedera dan menyerang mereka dengan tembakan.

Seorang pemuda, Saeb Izriqi, 24 tahun telah syahid pada pagi tadi di kem tersebut. Manakala lima orang penduduk  yang lain mengalami kecederaan.

Related