Home Akhbar Post View

Penduduk Palestin Mengalami Kesesakan Nafas di Ya'bad

Jan 20, 2023 05:10 pm

 

Dalam satu kejadian rusuhan yang melibatkan tentera Israel di bandar Ya’bad, selatan Jenin, sejumlah penduduk Palestin mengalami kesesakan nafas. 

Difahamkan pasukan Israel telah menceroboh bandar Ya`bad dan mengakibatkan sebuah rusuhan di antara sekumpulan pemuda Palestin dan pihak Israel. Menurut laporan, pasukan Israel telah melepaskan peluru, bom tangan dan gas beracun ke arah kumpulan pemuda tersebut sehingga menyebabkan ramai daripada mereka mengalami kesesakan nafas.

Manakala dalam sebuah kejadian di Baitul Maqdis pula, beberapa orang rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak telah ditahan oleh tentera Israel. Seramai lima orang kanak-kanak dan dua orang pemuda dari kejiranan Ras al-Amud di Silwan dan kem pelarian Shu’afat di Baitul Maqdis menjadi tahanan dalam penangkapan haram yang dijalankan tentera Israel.