Home Berita Post View

Usaha Menubuhkan Gabungan Nasional Bersama Palestin Dalam Perancangan

Jan 20, 2023 05:09 pm

 

Popular Front for the Liberation of Palestine mengadakan pertemuan dengan beberapa buah gerakan Palestin yang lain dalam usaha membentuk sebuah gabungan nasional. Difahamkan usaha tersebut adalah untuk mencapai kata sepakat dalam sebarang tindakan bersama di peringkat kebangsaan. Pada masa yang sama, usaha itu merupakan strategi untuk berdepan dengan kerajaan penjajah ekstremis baharu, seterusnya menamatkan perpecahan dan mencapai perpaduan negara.

Gerakan tersebut turut menyatakan bahawa perbincangan yang lumat telah pun diadakan. Antara intipati yang dibincangkan adalah berkaitan program-program di peringkat kebangsaan, merangkumi keseluruhan lokasi penduduk Palestin - dalam dan luar negara bagi mencapai kata putus.

 

 

Related