Home Berita Post View

Mahmoud Abbas Seru Amerika Syarikat Untuk Campur Tangan

Jan 20, 2023 05:08 pm

 

Dalam satu kenyataan terbaharu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk campur tangan bagi menghentikan keganasan yang dilakukan oleh kerajaan Israel. Jelasnya, campur tangan itu diharapkan dapat dilakukan segera sebelum keadaan menjadi terlambat untuk Palestin. 

Tambahnya lagi ketika bertemu dengan Penasihat Politik AS, Jake Sullivan di kediaman presiden di Ramallah, Mahmoud Abbas turut memberitahu bahawa tindakan kerajaan haram Israel telah memusnahkan peluang yang berbaki untuk mencapai keamanan dan kestabilan di Palestin.

Pada masa yang sama, Jake Sullivan menegaskan bahawa tindakan Israel dalam menggiatkan pembinaan penempatan haram Israel, pembunuhan setiap hari dan operasi serbuan di penempatan Palestin sudah mencapai tahap yang serius. Selain itu, Israel turut memasuki kawasan bandar dan pekan, menceroboh kawasan Masjid Al-Aqsa, serta mencemarkan kesucian agama Kristian dan Islam di Baitul Maqdis. Tindakan pihak Israel itu jelas menonjolkan kejahatan mereka yang telah merampas dana yang diperolehi dari cukai Palestin dan melanggar perjanjian yang ditandatangani sebelum ini.

Related