Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa seorang penduduk Palestin, Jawad Bawaqnah yang berusia 57 tahun telah terkorban selepas mengalami kecederaan akibat ditembak di bahagian dadanya. Manakala seorang penduduk Palestin, Adham Jabbarin, 28 tahun juga menerima nasib yang sama kerana ditembak di bahagian atas perut oleh rejim Zionis.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku susulan daripada sebuah rusuhan di antara penduduk Palestin dan tentera Israel di kem pelarian Jenin. Penembak tepat telah dikerahkan untuk berada di atas bumbung kediaman dan bangunan yang menghadap ke kem pelarian tersebut. Tiga pemuda Palestin turut tercedera akibat terhidu gas beracun dan terkena bom bunyi yang dilepaskan oleh tentera Israel.

