Pasukan Israel membebaskan pemimpin tahanan Palestin-Arab, Maher Yunis setelah empat dekad di dalam penjara penjajah Israel.
Tahanan Maher Yunis telah tiba di tanah perkuburan kampung ‘Ara untuk menziarahi makam ayahnya dan membaca surah al-Fatihah sebagai hadiah untuk arwah. Kepulangan beliau ke kampung halaman disambut oleh ibu serta seluruh ahli keluarganya.
Sebuah laporan telah mendedahkan bahawa pihak penjara sengaja menyekat keinginan Maher Yunis untuk bertemu rakan-rakan tahanannya bagi mengucapkan selamat tinggal. Malah, beberapa minit sebelum ketibaannya, unit pasukan khas polis Israel telah dikerahkan untuk mengawal sekitar rumah keluarganya. Tindakan terkutuk itu sengaja dilakukan untuk menghalang sebarang sambutan terhadap pembebasan Maher Yunis. Penduduk Palestin di situ turut diberi amaran agar tidak menaikkan sebarang bendera Palestin dan mendirikan khemah bagi meraikan kepulangannya.

