Home Berita Post View

Rancangan Penubuhan Kedutaan AS Dikecam Rashida Tlaib

Jan 19, 2023 07:45 pm

 

Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Rashida Tlaib menyelar rancangan penubuhan kedutaan AS di Baitul Maqdis pada masa akan datang.

Melalui akaun peribadi miliknya di laman Twitter, Tlaib memuat naik satu kicauan yang berbunyi, "Saya sangat marah dengan Jabatan Negara AS kerana mengambil langkah ke hadapan dengan rancangan pembinaan Kedutaan AS di Baitul Maqdis - tanah yang dicuri daripada rakyat Palestin." 

Dia menjelaskan lagi, “Dengan berbuat demikian, AS secara tidak langsung telah merampas hak penduduk Palestin secara haram. Pentadbiran Trump mesti menarik balik dasar ini secepatnya.”

Sebagai rekod, pada 2017, bekas Presiden AS, Donald Trump telah mengiktirafkan Baitul Maqdis sebagai ibu kota Israel. Pada ketika itu juga, dia kongsikan hasratnya untuk memindahkan kedutaan AS ke sana. 

Manakala pada November 2022, Jawatankuasa Perancang dan Bangunan Tempatan  Israel telah meluluskan projek terakhir dalam pembinaan kompleks kedutaan AS yang baharu di Baitul Maqdis.

 

 

 

Related