Home Berita Post View

Jake Sullivan Akan Bertemu dengan Benjamin Netanyahu dan Kabinet Yang Lain

Jan 19, 2023 07:45 pm

 

Penasihat Politik Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan akan bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bersama beberapa menteri kabinet Israel yang lain.

Laman web Israel, Ynet melaporkan bahawa pertemuan antara pegawai AS dan kerajaan Israel merupakan yang pertama sejak pembentukan kerajaan baharu. Dalam pertemuan tersebut, Jake Sullivan akan membincangkan beberapa isu termasuk perihal Iran dan Palestin, serta situasi semasa di Masjid al-Aqsa.

Laman web itu turut menjelaskan bahawa pertemuan tersebut membuktikan AS mahu memastikan penyelesaian dua negara benar-benar berlaku dan berharap Israel berhenti daripada melakukan tindakan yang bersifat berat sebelah. Selain daripada itu, AS juga akan menekankan keperluan untuk mengekalkan status quo di Masjid Al-Aqsa dan mengurangkan ketegangan di Tebing Barat. 

Related