Home Berita Post View

Israel Roboh Bilik di Beit Hanina

Jan 17, 2023 04:23 pm

 

Tentera Israel telah menyerbu kawasan kejiranan Al-Ashqaria di Beit Hanina dan merobohkan sebuah bilik menggunakan sebuah jentera. Difahamkan bilik tersebut milik sebuah keluarga yang telah dibina berkali-kali selepas dirobohkan tentera Israel buat kali kelima.

Sehingga ke hari ini, pihak tentera Israel dan organisasi penempatan masih meneruskan kerja-kerja pemusnahan, penggalian serta mencabut beberapa pokok di tanah al-Hamra yang dirampas oleh warga Israel di bandar Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa. Tidak cukup dengan itu, tentera Israel turut menuang konkrit ke dalam tanah bagi tujuan memasang pintu pagar elektronik untuk menghalang kemasukan penduduk Palestin.