Home Berita Post View

Israel Ceroboh Jenin dan Bethlehem: Beberapa Kecederaan dan Penahanan Dilaporkan

Jan 16, 2023 04:03 pm

 

Dalam satu laporan terkini, sejumlah besar rakyat Palestin mengalami kecederaan, manakala yang lain ditahan Israel dalam sebuah serbuan yang dilakukan tentera Israel di bandar Jenin dan Bethlehem, Tebing Barat.

Difahamkan pasukan Israel telah menyerbu kem pelarian Dheisha di Bethlehem secara besar-besaran. Tidak cukup dengan itu, penjajah tersebut turut menceroboh rumah-rumah penduduk Palestin yang mengakibatkan rusuhan di kawasan itu.

Dalam kejadian yang sama, pihak tentera Israel telah melepaskan beberapa das tembakan, gas pemedih mata serta bom bunyi ke arah para pemuda Palestin. Rentetan daripada itu, seorang pemuda mengalami kecederaan yang teruk akibat terkena tembakan di kepala dan seorang pemuda lagi ditahan selepas rumahnya diceroboh tentera Israel.

Sementara itu di bandar Qabatiya yang terletak di Jenin, dua orang pemuda didapati cedera dan dua orang pemuda yang lain ditahan di dalam sebuah rusuhan yang berpunca daripada pencerobohan tentera Israel.