Home Berita Post View

Tahap Kesihatan Tahanan Ali al-Horoub Semakin Merosot

Jan 16, 2023 04:02 pm

 

Kelab Tahanan Palestin menyatakan bahawa pihak pentadbiran Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nasib yang menimpa seorang tahanan, Ali al-Haroub, 48 tahun yang menghidap tumor di bahagian bawah belakang badannya. Bagaimanapun, butiran jelas berkaitan tumor itu tidak dapat dipastikan. Difahamkan Ali telah dipindahkan ke Barzilai Medical Center bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. 

Menurut laporan kesihatannya yang terdahulu, tumor telah dikenalpasti pada bahagian bawah ketiak dan dada beliau. Tumor tersebut berjaya dibuang tetapi tidak lama kemudian, tumor itu kembali merebak dan kesihatannya semakin merosot.

Beratus tahanan yang sakit di penjara Israel tidak diberi rawatan sewajarnya. Ini merupakan jenayah yang paling besar dan jelas dilakukan oleh pentadbiran Israel terhadap para tahanan yang sakit.

Related