Home Berita Post View

Israel Hancurkan Kediaman & Perniagaan di Baitul Maqdis

Jan 16, 2023 04:01 pm

 

Rejim Zionis merobohkan bangunan kedai berhampiran pintu masuk bandar Hizma yang terletak di Baitul Maqdis. Menurut sumber tempatan, rejim Zionis telah merobohkan 15 kemudahan, termasuk kedai dan bengkel kenderaan. Difahamkan alasan tindakan jahat itu adalah kerana perniagaan tersebut tidak mempunyai permit. 

Tahun lepas, rejim Zionis telah merobohkan kira-kira 950 tempat tinggal dan pusat perniagaan di Tebing Barat serta Baitul Maqdis. 65 daripada bangunan telah dirobohkan secara paksaan. Laporan tahun lepas turut mendedahkan bahawa notis pelaksanaan roboh kediaman telah dikeluarkan kepada 2290 buah kediaman. 

Related