Dalam satu kejadian di perkampungan al-Funduq, seorang kanak-kanak perempuan Palestin berusia tujuh tahun mengalami kecederaan ringan selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu seorang penduduk haram Yahudi. Kejadian itu berlaku pada Ahad, di timur Qalqilya yang terletak di Tebing Barat.
Dalam sebuah kejadian berasingan, puluhan penduduk haram Yahudi telah menceroboh Masjid al-Aqsa sambil dikawal ketat oleh pihak polis Israel. Mereka turut melakukan ritual Talmud di pekarangan Masjid al-Aqsa selepas menceroboh masjid suci itu melalui Pintu Mughrabi.

