Kementerian Kewangan Israel memutuskan untuk mengambil sebanyak 140 juta shekel daripada jumlah keseluruhan hasil cukai penduduk Palestin. Pengambilan hasil cukai itu dibuat atas dasar untuk kegunaan pihak keluarga mangsa Israel yang terbunuh dalam operasi penentangan yang lepas.
Akhbar Israel, Makor Rishon melaporkan bahawa tindakan ini adalah hasil perbincangan kabinet Israel beberapa hari lalu dan keputusan daripada pihak mahkamah. Pada masa yang sama, pengambilan sejumlah besar hasil cukai ini dianggap sebagai ‘hukuman’ ke atas Pihak Berkuasa Palestin kerana berhubungan dengan institusi antarabangsa.

