Home Berita Post View

Tahanan Dibiarkan Sakit Tanpa Rawatan

Jan 13, 2023 07:35 pm

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan menjelaskan bahawa pentadbiran penjara Israel telah melampaui batas kerana mengabaikan tahanan yang sakit dan menghalang mereka untuk menerima rawatan. Hal ini jelas menujukkan bahawa pihak Israel sengaja menangguhkan rawatan terhadap para tahanan yang sakit.

Berdasarkan laporan daripada suruhanjaya itu, tahanan Atef Murad Na’asan, 18 tahun menderita sakit pada urat kaki kanan akibat terkena peluru getah pada dua tahun lalu. Manakala tahanan Riyad al-’Amour, 54 tahun mengalami masalah jantung. Keadaan Riyad yang agak kritikal sebenarnya memerlukan pembedahan segera untuk menukar perentak jantung (pacemaker). Difahamkan pembedahan Riyad sepatutnya dibuat beberapa tahun yang lalu tetapi ditahan oleh pihak pentadbiran penjara Israel. Riyad turut mengalami masalah paru-paru berair dan sering pengsan. Oleh kerana keadaan kesihatannya yang teruk, dia terpaksa dipindahkan ke klinik penjara Ramla. Bagaimanapun, pihak Israel di sana tidak menyediakan rawatan kepadanya.

Sebagai rekod, Israel telah menahan seramai 600 tahanan yang  bmenderita masalah kesihatan, termasuk kira-kira 200 tahanan yang menghidapi penyakit kronik, dan sekurang-kurangnya 24 tahanan yang menghidapi kanser dan tumor di pelbagai peringkat.

 

 

 

Related