Home Berita Post View

Dua Terbunuh Ditembak Zionis

Jan 13, 2023 07:35 pm

 

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa seorang pemuda Abdul Hadi Nazal, 19 tahun dari bandar Qabatiyah, selatan Jenin telah terbunuh. Difahamkan kematiannya berpunca daripada kecederaan yang dialami akibat ditembak tentera Israel pada bahagian dada dan leher mangsa. Tragedi itu berlaku di dalam sebuah pencerobohan yang berlaku di bandar tersebut. 

Sebuah kediaman telah dikepung sebelum pemiliknya, Muhammad Kamil ditahan oleh tentera Israel. Ekoran daripada kejadian ini, sebuah rusuhan telah tercetus dan mengakibatkan seorang pemuda yang bernama Habib Kamil, 25 tahun terkorban. Habib Kamil telah ditembak di kepala, manakala tiga penduduk Palestin yang lain didapati cedera dalam kejadian ini.

Related