Beberapa penduduk Palestin cedera dalam sebuah pertempuran yang berlaku di antara tentera Israel dan penduduk Palestin di kampung Rummana, barat Jenin. Menurut sumber tempatan, pertempuran berlaku selepas tentera Israel menyerbu kampung tersebut dari arah kem pelarian Salem. Dalam kejadian tersebut, gas pemedih mata dan bom bunyi telah dilepaskan ke arah rumah penduduk awam. Tindakan biadap itu telah menyebabkan sejumlah penduduk mengalami kesesakan nafas.
Difahamkan perkampungan Rummana terdedah kepada pencerobohan berterusan oleh tentera Israel hampir setiap hari selepas pos pemeriksaan dan pertempuran dilancarkan.

