Portal media Israel, Saluran 12 melaporkan bahawa Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir telah mengarahkan pihak polis Israel untuk menyekat sebarang aktiviti pengibaran bendera Palestin. Difahamkan sekatan tersebut melibatkan seluruh bandar-bandar di Palestin.
Saluran itu juga menyatakan bahawa arahan tersebut dikeluarkan sehari selepas bendera Palestin dinaikkan dalam sebuah demonstrasi menentang kerajaan Israel baru-baru ini. Demonstrasi itu merupakan anjuran parti sayap kiri di Tel Aviv. Dalam masa yang sama, bendera tersebut turut dinaikkan dalam majlis sambutan pembebasan Karim Younes.

