Home Berita Post View

Jericho: 100 Dunum Tanah, 40 Anak Pokok Zaitun Dimusnahkan Yahudi

Jan 09, 2023 07:25 pm

 

Penduduk Yahudi bertindak biadap apabila menceroboh sebuah kawasan besar tanah wakaf yang terletak di kampung al-Jiftlik, utara Jericho. Pada masa yang sama, mereka  juga merosakkan tanah di kawasan tersebut dan memusnahkan 40 anak pokok zaitun di kawasan berhampiran kampung Hajjah, yang berada di timur Qalqilya, Tebing Barat.

Ketua Majlis Kampung al-Jiftlik, Ahmad Ghawanmih memberitahu bahawa sebilangan penduduk Yahudi telah memusnahkan kira-kira 100 dunum tanah di kawasan Tal al-Samadi. Tindakan penduduk haram itu dibuat atas dasar untuk merampas dan mengusahakan tanah tersebut sebagai sebahagian daripada hak milik mereka.

Manakala sejumlah penduduk Yahudi yang lain pula mematahkan kira-kira 40 buah anak pokok zaitun yang ditanam di kawasan Khallet Muhaid, Qalqilya.

Related