Home Berita Post View

Penduduk Palestin di Masafer Yatta Terima Notis Perobohan Rumah

Jan 09, 2023 07:25 pm

 

Dalam satu kejadian di Masafer Yatta, selatan al-Khalil (Hebron), lima buah rumah milik penduduk Palestin telah menerima notis daripada pihak penjajah Israel. Notis tersebut merupakan pemberitahuan awal bahawa  rumah mereka bakal dirobohkan dalam waktu terdekat. Tidak hanya itu, notis tersebut turut menyatakan tiga telaga di kawasan yang sama juga akan dimusnahkan.

Penyelaras Jawatankuasa Popular dan Kebangsaan di selatan al-Khalil (Hebron), Ratib Jabbour menjelaskan pasukan tentera Israel telah mencerobohkan kawasan al-Jawaya di Masafer Yatta dan menyerahkan notis roboh terhadap lima buah rumah milik beberapa buah keluarga Palestin. 

Pihak penjajah itu juga turut mengarahkan agar menimbun tiga buah telaga dengan tanah dan menghalang penduduk Palestin daripada melakukan sebarang aktiviti di atas tanah milik mereka.

Related