Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa seorang pemuda Palestin, Amir Abu Zaitun yang berusia 16 tahun telah terkorban akibat ditembak oleh tentera Israel. Difahamkan tembakan tersebut terkena pada bahagian kepala Amir Abu Zaitun.
Kejadian itu berlaku dalam sebuah pencerobohan bersenjata yang dilakukan oleh tentera Israel di kem pelarian Balata, Nablus, Tebing Barat pagi ini. Peluru hidup, bom bunyi dan bom gas telah dilepaskan ke arah penduduk awam dalam kejadian tersebut.

