Home Berita Post View

Akhirnya Karim Yunis Dibebaskan!

Jan 06, 2023 09:10 am

 

Pasukan Israel membebaskan ketua kumpulan tahanan Palestin-Arab yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Fatah, Karim Yunis, 66 tahun selepas empat dekad dipenjarakan Israel.

Pasukan Israel sengaja membebaskan Yunis pada waktu subuh dan meninggalkannya sendirian di bandar Ra'anana, Tel Aviv. Pembebasan beliau juga tidak dimaklumkan kepada keluarganya terlebih dahulu. Tindakan tersebut merupakan usaha Israel untuk mematikan kegembiraan keluarga beliau. Pada masa yang sama, pihak Israel tidak mahu sebarang sambutan diadakan sempena pembebasannya.

Related