Home Artikel Post View

Hari Syahid Palestin: Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Jan 06, 2023 08:48 am
Kredit kepada pemilik gambar

Oleh: Nur Sabrina binti Suhaimi | Research and Advocacy Executive 

Panel Rujuk Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia dari YADIM, Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan menjelaskan bahawa syahid merangkumi kematian yang disebabkan penyakit atau wabak; melahirkan anak; lemas atau tenggelam; dan mempertahankan harta serta maruahnya. 

Maka, tidak dinafikan bahawa perkataan syahid sangat rapat dengan perjuangan para muslim dalam menegakkan agama Islam. Begitu juga perjuangan penduduk Palestin dalam memastikan tanah air mereka tidak dirampas penjajah Israel dan rejim Zionis sehingga ramai antara mereka menemui syahid.

7 Januari

Sempena memperingati perjuangan para syuhada yang pernah memperjuangkan tanah Palestin, tarikh 7 Januari telah diangkat menjadi Hari Syahid Palestin (disebut juga sebagai Martyr’s Day). 

Hari peringatan ini diisytiharkan secara rasmi selepas seorang syuhada pertama, Ahmad Musa dibunuh tentera Israel ketika beliau berundur ke Jordan pada 1965. Difahamkan serangan daripada pihak Israel berpunca selepas Ahmad Musa membuat serbuan di terowong air milik Israel yang terletak di perkampungan Palestin, ‘Ailabun (Eilabun).

Kesyahidan Ahmad Musa telah membuka mata penduduk Palestin untuk turut bangkit mempertahankan bumi kelahiran mereka. Syuhada ini secara tidak langsung menjadi simbol pengorbanan besar ketika era revolusi moden.

Kesungguhan dan semangat yang menjulang dalam kalangan penduduk Palestin selepas perjuangan Ahmad Musa boleh dilihat melalui kebangkitan mereka melalui dua siri intifada. Intifada pertama bermula pada 9 Disember 1987 dan yang kedua pada 28 September 2000. Manakala intifada ketiga (turut dikenali sebagai Kebangkitan al-Quds) berlaku pada 2015.

Berdasarkan maklumat terkini daripada Pejabat Penyelarasan Urusan Kemanusiaan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), kira-kira 10,502 rakyat Palestin telah terbunuh sejak intifada kedua. Setakat ini sahaja, seramai lebih 200 rakyat Palestin terbunuh sepanjang 2022. 

 

Syahid – Perjuangan Suci

Ketika seluruh dunia menganggap 7 Januari sebagai tarikh biasa atau tarikh istimewa, di Palestin ia merupakan tarikh keramat bagi setiap penduduk Palestin yang tidak akan lupa setiap perjuangan para syuhada sejak Israel menjajah tanah itu. 

Para syuhada di Palestin boleh jadi sesiapa sahaja – mungkin seorang anak, seorang ibu atau bapa, seorang suami atau isteri, juga seorang sahabat.

Walaupun ia merupakan tragedi yang berparut di dalam jiwa bagi setiap penduduk Palestin kerana kehilangan ahli keluarga tersayang, perjuangan mereka sehingga menemui syahid merupakan satu kebanggaan. Malah, kesyahidan ahli keluarga telah menjadi penyuntik semangat dalam kalangan penduduk Palestin agar tidak gentar memperjuangkan tanah tumpahnya darah keturunan mereka dan satu-satunya tanah diberkati Allah SWT. 

Maka, tidak hairanlah jika ada segelintir muslim yang bukan berkelahiran Palestin bercita-cita untuk syahid di sana. Setiap perjuangan yang berlandaskan kepada agama Islam, sudah pasti akan ada ganjarannya. 

Semoga semangat juang penduduk Palestin tersebar ke seluruh umat Islam, sekali gus membawa kepada kebangkitan Islam yang luar biasa sehingga mampu melunyaikan Israel dan rejim Zionis.

Rujukan

- Zahalan, H. M. N. (2020). Rebutlah peluang mati dalam keadaan baik dengan 10 tanda ini. mStar. Dipetik daripada https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2020/02/14/pengakhiran-yang-baik

Martyrdom in the Context of the Palestinian National Sttruggle. Institute for Palestine Studies. Dipetik daripada https://oldwebsite.palestine-studies.org/resources/special-focus/martyrdom-context-palestinian-national-struggle-0

Martyrdom in the Context of the Palestinian National Sttruggle. Institute for Palestine Studies. Dipetik daripada https://oldwebsite.palestine-studies.org/resources/special-focus/martyrdom-context-palestinian-national-struggle-0

Alsaafin, L. (2013). Martyr’s Day and the Palestinian Resistance. Dipetik daripada https://www.al-monitor.com/originals/2013/01/intifada-palestine-settlements.html

IX. The First Intifada and The Beginning of Israeli-Palestiniaan Negotiations. Palestinian Journeys. Dipetik daripada paljourneys.org/timeline/overallchronology?periods[]=180&nid=180

Adam, A. (2020). Palestinian Intifada: How Israel orchestrated a bloody takeover. Al-Jazeera. Dipetik daripada https://www.aljazeera.com/news/2020/9/28/palestinian-intifada-20-years-later-israeli-occupation-continues

 Israel-Palestine Timeline: The Human Cost of the Conflict. Dipetik daripada https://israelpalestinetimeline.org/charts/

Israel-Palestine Timeline: The Human Cost of the Conflict. Dipetik daripada https://israelpalestinetimeline.org/charts/

 

Related