Home Berita Post View

Remaja Palestin Terkorban Ditembak Zionis

Jan 04, 2023 04:34 am

 

Tentera Israel telah melancarkan pencerobohan ke atas kem pelarian Dheisha, selatan Bethlehem dengan menyerang kediaman penduduk dan menggeledah harta benda mereka. Dalam kejadian tersebut, tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup, bom gas dan bom bunyi secara rambang ke arah penduduk awam. Tindakan jahat itu telah mengorbankan seorang remaja Palestin, Adam Ayyad yang berusia 15 tahun. Beliau ditembak di bahagian dada dan seorang lagi remaja cedera kerana ditembak di bahagian tangannya. 

Related