Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Itamar Ben-Gvir dilaporkan menyusup masuk ke halaman Masjid al-Aqsa dari pintu Mughrabi. Pencerobohannya dikawal ketat oleh polis Israel.
Itamar Ben-Gvir memasuki masjid berkenaan buat kali pertama selepas menyandang jawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel. Menurutnya di dalam serbuan tersebut, “Temple Mount (Bukit Zion) adalah tempat terpenting bagi warga Israel. Orang Yahudi juga akan sampai ke Temple Mount. Sesiapa yang menghalang orang Yahudi dan Israel, mereka akan dihukum."

