Pihak pentadbiran penjara Israel menolak permohonan pembebasan Ahmad Manasrah walaupun tahap kesihatannya semakin merosot.
Dalam satu ulasan baru-baru ini, pihak Adalah Legal Center menjelaskan bahawa tiada kes yang lebih jelas daripada kes Ahmad Manasrah. Ia menunjukkan percanggahan terhadap hukuman kolektif dan mutlak yang dilakukan oleh penjara Israel. Mereka mengabaikan perbicaraan setiap kes secara berasingan. Akta Anti-Keganasan mengklasifikasikan kes ini sebagai salah satu tindakan paling serius yang dilakukan tentera Israel dalam melaksanakan dasar membalas dendam terhadap rakyat Palestin.
Ahmad Manasrah, 20, telah ditahan pada usia 13 tahun dan didapati cedera akibat tembakan yang dilepaskan oleh tentera Israel. Difahamkan tindakan mereka atas dakwaan Manasrah melakukan operasi tikaman. Ekoran daripada itu, beliau dihalang daripada menerima rawatan dan kini berada dalam sel kurungan sendirian. Keadaan tersebut telah memburukkan kesihatan dan keadaan psikologinya.
فوغل

