Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin melaporkan bahawa tahanan yang bernama Zakaria al-Zubaidi mengemukakan permohonan kepada pihak pentadbiran penjara Israel untuk mendermakan saraf tunjangnya kepada tahanan yang menghidap kanser, Walid Daqqa.
Baru-baru ini Walid Daqqa telah dipindahkan ke Barzilai Medical Center yang terletak di selatan Israel selepas tahap kesihatannya merosot akibat kanser darah yang dihidapinya. Menurut laporan awal, beliau memerlukan dua beg darah dan harus menjalani pemindahan sumsum tulang.

