Dalam satu kejadian rusuhan di al-Khalil (Hebron), sejumlah penduduk Palestin cedera akibat ditembak. Manakala beberapa penduduk lain di Tebing Barat mengalami kesesakan nafas akibat gas yang dilepaskan oleh tentera Israel di kawasan tersebut.
Difahamkan seramai 32 orang rakyat Palestin daripada pelbagai daerah di Tebing Barat telah ditangkap oleh pasukan Israel. Selain daripada membuat penahanan, mereka juga merobohkan kawasan pertanian, merosakkan tanah dan memusnahkan 15 pokok di al-Khalil. Tidak cukup dengan itu, tentera Israel telah merampas dua traktor dan dua kereta kebal di utara Lembah Jordan.
Manakala penduduk haram Yahudi meneruskan pencerobohan mereka di dalam pekarangan Masjid al-Aqsa, serta merampas tanah di daerah Silwan dan di Lembah Jordan.

