Home Berita Post View

Israel Mengeluarkan Keputusan Baru Terhadap Tahanan Pentadbiran

Dec 28, 2022 12:27 pm

 

Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan di Gaza mengesahkan bahawa keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Israel telah menetapkan tempoh selama 30 hari untuk tahanan pentadbiran memfailkan rayuan penahanan.

Keputusan tersebut merupakan lanjutan daripada senarai panjang undang-undang yang sedang cuba diluluskan pihak Yahudi. Matlamat mereka adalah untuk mengetatkan syarat terhadap para tahanan dan menyekat hak asasi kemanusiaan mereka.

Dalam satu kenyataan, suruhanjaya tersebut menyatakan bahawa bilangan tahanan pentadbiran di dalam penjara mencatatkan lonjakan yang ketara sepanjang 2022 daripada 850 orang tahanan.

Related