Pihak media Israel melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Am Knesset meluluskan rang undang-undang baru di dalam persidangan parlimen mereka baru ini. Rang undang-undang tersebut diusulkan oleh pemimpin parti Otzma Yehudit, Itamar Ben Gvir. Dia juga ialah calon bagi jawatan Menteri Keselamatan Kebangsaan.
Berdasarkan pindaan undang-undang tersebut, polis dan polisi mereka telah ditetapkan di bawah bidang kuasa Menteri Keselamatan Kebangsaan. Undang-undang tersebut ada menyatakan bahawa Itamar Ben Gvir diberikan kuasa penuh, termasuk hal pentadbiran penjara Israel. Kementerian itu juga akan mengambil alih Kementerian Pembangunan Negev dan Galilee, serta Judeo-Christian.

