Home Berita Post View

Rusuhan di Tebing Barat

Dec 20, 2022 07:35 pm

 

Kelab Tahanan Palestin melaporkan bahawa rejim Zionis telah menahan beberapa orang pemuda tempatan dan menceroboh beberapa buah kediaman di Bethlehem. Pemilik kediaman telah disoal siasat selepas mereka ditahan selama beberapa jam. Tidak cukup dengan itu, rumah mereka digeledah dan harta benda telah dimusnahkan oleh rejim Zionis. 

Salah sebuah kediaman yang menjadi sasaran rejim Zionis telah ditembak menggunakan bom Anerga hingga menyebabkan kepulan asap yang tebal.

Pada masa yang sama, sebuah pertempuran tercetus di bandar Halhul, utara al-Khalil (Hebron). Kejadian tersebut telah mengakibatkan berpuluh pemuda Palestin mengalami kesesakan nafas. Dua orang pemuda yang masing-masing berasal dari dari bandar Jenin dan bandar Qabatiya telah ditahan. 

Related