Home Berita Post View

Tebing Barat Terancam Dengan Undang-Undang Ben Gvir

Dec 20, 2022 07:35 pm

 

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, sebuah pertubuhan hak asasi kemanusiaan milik Israel, Yesh Din mengecam penguatkuasaan undang-undang anggota Knesset Israel, Itamar Ben Gvir. 

Difahamkan Yesh Din tidak berpuas hati kerana undang-undang ini memberi kuasa besar kepada Itamar Ben Gvir dalam keputusan terhadap dasar utama polis Israel. Tidak cukup dengan itu, mandat yang diberikan juga membuka peluang kepada Ben Gvir untuk menyokong serangan kepada penduduk Palestin.

Pertubuhan itu berkata: “Kekuatan yang dimiliki akan menambahkan lagi kekejaman Israel. Hak asasi manusia penduduk Palestin juga akan turut terancam dan keadaan ini mendorong kepada peningkatan kadar jenayah di Tebing Barang.”

Related