Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan Israel yang memindahkan seorang tahanan Palestin, Salah al-Hamouri secara paksa ke Perancis.
Jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia berkata: “Pemindahan keluar orang yang dilindungi dari wilayah yang diduduki adalah kesalahan berat di bawah Konvensyen Geneva Keempat (1950) dan merupakan satu jenayah perang.”
Tambahnya lagi, pemindahan tahanan itu sebenarnya menggambarkan situasi penduduk Palestin yang tinggal di Baitul Maqdis semakin membimbangkan. Ia turut menjelaskan bahawa keadaan tersebut merupakan isyarat kepada kemerosotan yang serius bagi hal pembelaan hak asasi manusia di Palestin. Selain itu, seruan kepada pihak Israel agar menghentikan pengusiran para tahanan ke luar negeri perlu dihentikan.

