Home Berita Post View

Operasi Tentera Israel di Tebing Barat dan Baitul Maqdis

Dec 14, 2022 07:40 pm

 

Tentera Israel melancarkan serangan dan penahanan besar-besaran yang tertumpu di Tebing Barat dan sekitar Baitul Maqdis. Dalam kejadian tersebut, beberapa penduduk Palestin telah ditahan. 

Kelab Tahanan Palestin melaporkan seramai 20 penduduk Palestin telah ditahan di Tebing Barat. Antara mangsa yang ditahan ialah dua tahanan yang telah dibebaskan. Puluhan kediaman telah diceroboh dan digeledah oleh pihak tentera Israel. Susulan daripada itu, pemilik kediaman telah disoal siasat  selepas ditahan tentera Israel. 

Sementara itu di Baitul Maqdis, tiga pemuda Palestin dan seorang anggota perubatan telah ditahan oleh rejim Zionis. 

Related