Pihak Israel mengemukakan sebanyak 18 notis pemberhentian kerja-kerja pembinaan di bandar Qarawat Bani Hassan yang terletak di barat Salfit, Tebing Barat.
Datuk Bandar Qarawat Bani Hassan, Ibrahim ‘Asi menjelaskan bahawa pihak tentera telah menyampaikan notis untuk menghentikan sebarang pembinaan rumah yang sedang dijalankan. Arahan tersebut turut dikenakan ke atas rumah-rumah yang berpenghuni, kawasan yang dibangunkan bagi tujuan pertanian, pembinaan kilang-kilang, serta kawasan di mana penggalian sedang dijalankan di bahagian timur dan pintu masuk selatan yang menuju ke bandar Qarawat Bani Hassan.

