Home Berita Post View

Hanya Seorang Tentera Israel Ditahan Sejak 2017

Dec 14, 2022 07:35 pm

 

Perbadanan Penyiaran Awam Israel (KAN) 11 mendedahkan bahawa hanya satu dakwaan telah difailkan terhadap pihak tentera Israel sejak 2017. Dakwaan tersebut difailkan susulan daripada tindakan tentera Israel yang  telah menembak sejumlah rakyat Palestin di Tebing Barat dengan peluru hidup sejak enam tahun yang lalu. Perbadanan itu turut menjelaskan bahawa dalam tempoh tersebut, seramai 354 rakyat Palestin telah syahid akibat tembakan peluru hidup yang dilepaskan oleh tentera Israel. 

Menurut KAN 11, berdasarkan dakwaan yang difailkan sejak 2017, hanya seorang anggota tentera Israel sahaja yang dihukum kerana menembak sejumlah rakyat Palestin. Rekod menunjukkan kejadian itu berlaku di Bethlehem pada 2019 .

 

Related