Kelab Tahanan Palestin melaporkan rejim Zionis telah menceroboh dan merobohkan beberapa buah kediaman di kawasan berasingan di Tebing Barat. Seramai 21 orang penduduk Palestin telah ditahan dan pada masa yang sama para pemilik kediaman telah dibawa ke suatu tempat yang lain untuk disoal siasat selepas mereka ditahan berjam-jam.

