Tiga penduduk Palestin terkorban akibat ditembak oleh rejim Zionis dalam sebuah pencerobohan yang berlaku di bandar Jenin dan kem pelarian di sana.
Kementerian Kesihatan melaporkan tiga pemuda Palestin iaitu Tariq al-Damji, 32 tahun, Sudki Zakarnah, 22 tahun dan Atta Shalabi, 46 tahun telah syahid dan beberapa orang penduduk awam cedera. Insiden berlaku selepas rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah mereka dalam sebuah pencerobohan yang dicetuskan oleh Israel. Sejumlah besar kenderaan ketenteraan digunakan dan beberapa rejim Zionis dikerahkan untuk berada di atas bumbung bangunan yang tinggi dalam pencerobohan tersebut. Rejim Zionis telah melepaskan tembakan ke arah ambulans untuk menghalang mangsa yang cedera mendapatkan rawatan.

