Mahkamah Israel di Baitul Maqdis meluluskan peruntukan sebahagian besar tanah bandar Silwan yang terletak di selatan Masjid al-Aqsa, bagi kepentingan penempatan Yayasan Kota David. Yayasan Kota David (Ir David Foundation), biasanya dikenali masyarakat arab sebagai El’ad (إلعاد) ialah sebuah persatuan penjajah Israel yang berpusat di Jerusalem (Baitul Maqdis), bertujuan mengukuhkan hubungan antara Yahudi dan Baitul Maqdis.
Mahkamah Israel turut menolak mana-mana permintaan yang menentang sebarang gerak kerja yang dilakukan dan projek penempatan di Silwan. Permintaan tersebut wujud disebabkan beberapa perkara yang telah menjejaskan kehidupan dan hak rakyat Palestin. Perkara ini merupakan rentetan selepas siri keruntuhan dan keretakan yang berlaku di jalan utama, yang melanda puluhan rumah, akibat dari penggalian tanah yang berterusan. El’ad justeru tetap menjalankan pelbagai aktiviti penempatan secara berterusan, dengan matlamat mengubah segenap aspek bandar Silwan menjadi ‘Yahudi’.

