Dalam satu kejadian, pihak penjajah Israel mencabut dan membuang bendera Palestin dari bangunan Sekolah Menengah Perempuan Al-Lubban, selatan Nablus, di Tebing Barat.
Pengetua sekolah menyatakan bahawa tentera Israel menyusup naik ke bumbung sekolah seterusnya mencabut bendera Palestin dan menggantikannya dengan bendera negara haram Israel. Katanya lagi, ini bukanlah kali pertama pihak Israel bertindak sedemikian.

